Categories: News

SEJARAH ASAL USUL MAZHAB IBADI 

OMAN, PROMEDIA.NEWS | Mazhab Ibadi bukanlah sebuah aliran yang muncul secara tiba-tiba, tetapi lahir daripada pergolakan besar dalam sejarah awal umat Islam. Untuk memahami asal-usulnya, kita perlu kembali kepada zaman fitnah yang berlaku selepas kewafatan para sahabat besar, khususnya pada era pemerintahan Uthman ibn Affan dan konflik yang berlaku antara Ali ibn Abi Talib dengan Muawiyah I.

Kemuncak konflik ini dapat dilihat dalam peristiwa peperangan Siffin. Dalam peristiwa tersebut, apabila dicadangkan jalan penyelesaian melalui tahkim (arbitrasi), sebahagian penyokong Saidina Ali menolak keputusan itu dengan slogan terkenal: “La hukma illa لله” (tiada hukum melainkan milik Allah). Mereka menganggap penerimaan arbitrasi sebagai satu kesalahan besar dalam soal agama. Lalu mereka keluar daripada barisan Saidina Ali. Dari sinilah lahirnya golongan yang dikenali sebagai Khawarij.

Namun, penting untuk difahami bahawa Khawarij bukan satu kelompok yang seragam. Ada yang sangat ekstrem—mudah mengkafirkan dan menghalalkan darah sesama Muslim—tetapi ada juga yang mengambil jalan lebih sederhana. Di sinilah muncul satu tokoh penting, iaitu Abdullah ibn Ibadh, yang menjadi asas kepada pembentukan mazhab Ibadi.

Mazhab Ibadi boleh dianggap sebagai cabang daripada Khawarij, tetapi dalam versi yang lebih terkawal dan sederhana. Berbeda dengan kelompok Khawarij ekstrem seperti Azariqah, golongan Ibadi tidak tergesa-gesa menghukum kafir ke atas Muslim lain. Mereka menggunakan istilah seperti kufr ni‘mah (ingkar nikmat) berbanding kufur akidah yang mengeluarkan seseorang daripada Islam. Ini menunjukkan pendekatan mereka yang lebih berhati-hati dan berlapang.

Walaupun nama mazhab ini diambil daripada Ibn Ibadh, tokoh yang benar-benar membentuk asas keilmuannya ialah Jabir ibn Zayd, seorang tabi‘in yang juga murid kepada sahabat seperti Ibn Abbas. Peranan beliau sangat besar dalam menyusun pemikiran Ibadi agar tidak sekadar menjadi gerakan politik, tetapi berkembang menjadi satu mazhab yang mempunyai asas ilmu, fiqh dan pendekatan tersendiri.

Pada peringkat awal, Ibadi berkembang secara senyap kerana tekanan daripada pemerintah Bani Umayyah. Namun lama-kelamaan, mereka berjaya membina kekuatan dan menubuhkan pemerintahan sendiri. Antara kawasan penting perkembangan mereka ialah Oman, yang sehingga hari ini masih menjadi pusat utama mazhab Ibadi. Selain itu, mereka juga pernah berkembang di Afrika Utara seperti di Algeria dan Libya, termasuk menubuhkan kerajaan seperti Dinasti Rustamid.

Dari sudut pemikiran, Ibadi mempunyai beberapa ciri yang menonjol. Dalam soal kepimpinan (Imamah), mereka tidak mensyaratkan keturunan Quraisy atau Ahlul Bait. Sebaliknya, mereka menekankan bahawa seorang pemimpin mestilah adil, berilmu dan dipilih melalui syura. Dalam aqidah pula, mereka mempunyai beberapa perbezaan dengan Ahlus Sunnah, khususnya dalam isu sifat-sifat Allah dan beberapa persoalan teologi lain. Namun, mereka tetap mengambil pendekatan yang lebih sederhana berbanding Khawarij ekstrem.

Isu hubungan Ibadi dengan Khawarij sering menjadi perbahasan. Dalam pandangan Ahlus Sunnah klasik, Ibadi tetap dikategorikan sebagai sebahagian daripada Khawarij kerana asal-usul sejarah mereka. Namun dari sudut perkembangan, Ibadi telah berubah menjadi satu mazhab yang lebih stabil, tidak ekstrem, dan mempunyai sistem keilmuan tersendiri. Bahkan dalam wacana moden, ramai pengkaji melihat Ibadi sebagai satu mazhab yang berdiri sendiri walaupun berakar daripada Khawarij.

Apa yang menarik, berbanding kelompok Khawarij lain yang akhirnya pupus, Ibadi berjaya bertahan hingga ke hari ini. Antara sebabnya ialah pendekatan mereka yang lebih sederhana, kemampuan membina tradisi ilmu, serta keupayaan menyesuaikan diri dengan realiti politik semasa. Ini dapat dilihat jelas dalam konteks Oman hari ini, di mana walaupun secara teori mereka menekankan sistem syura dalam Imamah, realitinya mereka menerima sistem monarki demi kestabilan negara.

Kesimpulannya, mazhab Ibadi adalah hasil daripada satu perjalanan sejarah yang panjang—bermula dari konflik politik, berkembang menjadi gerakan pemikiran, dan akhirnya menjadi sebuah mazhab yang lengkap dengan aqidah, fiqh dan sistem sosialnya sendiri. Ia mengingatkan kita bahawa dalam sejarah Islam, banyak aliran lahir bukan sekadar daripada perbezaan teori, tetapi daripada pergolakan realiti yang memaksa umat untuk berfikir, memilih dan menyesuaikan diri.

By: Syafaruddin Sikumbang.

redaksipro

Recent Posts

Hak Hukum Tidak Dipergunakan, Hakim Tolak Permohonan Praperadilan Roy Suryo

JAKARTA, PROMEDIA.NEWS - Hakim tunggal I Ketut Darpawan menolak permohonan praperadilan kedua yang diajukan Roy…

21 Juli 2026

Pertimbangan Hakim Dalam Putusan Praperadilan, Asumsi Tidak Ada Dasar Hukum

MEDAN, PROMEDIA.NEWS - Menurut Saksi Ahli Roy Suryo dan Dr. Didit Wijayanto, terdapat persoalan mendasar…

21 Juli 2026

LIPPSU Soroti Dugaan Bayang-Bayang Kekuasaan Bupati Deli Serdang dr. Asriluddin Tambunan di Balik Mutasi Birokrasi Deliserdang

DELISERDANG, PROMEDIA.NEWS - Sebuah keputusan mutasi di lingkungan Pemerintah Kabupaten Deliserdang kini menjadi sorotan publik.…

21 Juli 2026

Ledakan Dahsyat Di Perumahan Mewah Grand Polonia Medan, Ini Penjelasan Kapolrestabes

MEDAN, PROMEDIA.NEWS - Ledakan dahsyat dari pipa gas  menyebabkan satu unit rumah mewah di Perumahan…

21 Juli 2026

Dari Tower B Rs Haji Medan, Jejak Anggaran UPTD Kesehatan Dinkes Sumut Mulai Dipertanyakan

MEDAN, PROMEDIA.NEWS - Pembangunan fasilitas kesehatan yang seharusnya menjadi simbol peningkatan pelayanan publik kini justru…

21 Juli 2026

LIPPSU: Bangun Rumah Mewah Di Wins Square Pakai Pola Lama. Izin PBG Ditukangi, Bagi Bagi Duit, PAD Terus Bocor Keliling

MEDAN, PROMEDIA.NEWS - Lembaga Independen Pemerhati Pembangunan Sumatera Utara (LIPPSU) meminta Pemerintah Kota Medan mengusut…

21 Juli 2026